Kamarul Azman Habibur Rahman
Ahli UMNO Telok Kemang
YAB Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi
Presiden UMNO 3 APRIL 2008
YAB Datuk Seri,
PILIHANRAYA 2008 - SATU PANDANGAN JUJUR TANPA PREJUDIS TERHADAP UMNO.
Sebagai seorang ahli UMNO yang amat cintakan partinya, saya rasa terpanggil untuk menyuarakan rasa concern terhadap parti selepas prestasi yang buruk dan memalukan di dalam pilihanraya yang baru lalu. Saya percaya ramai ahli yang bimbang bahawa UMNO sedang menghitung hari menghadapi saat-saat kematiannya jika sekiranya langkah-langkah tepat tidak diambil segera.
2. Pertama, para pemimpin UMNO tidak begitu peka bahawa ahli UMNO terdiri daripada dua kumpulan, iaitu ahli resmi dan ahli tidak resmi. Ahli resmi adalah mereka yang didaftarkan melalui bayaran yuran dan bergiat dalam parti. Sementara itu, ahli tidak resmi pula adalah mereka yang berjiwa UMNO tetapi tidak pernah mengisi borang untuk menjadi ahli. Mereka begitu mengikuti perjalanan parti dan merasakan bahawa mereka adalah part of the set-up. Sebenarnya mereka inilah yang menjadi yard-stick untuk mengukur sejauh mana kekuatan UMNO dalam menghadapi sesuatu situasi. Sebelum pilihanraya terbaru, golongan ini dengan jelas telah memberi isyarat bahawa UMNO akan mengalami kejutan di dalam pilihanraya yang lalu. Namun apa yang menghairankan ialah tiada seorang pun pemimpin UMNO yang dapat menghidu apa yang sedang dan akan berlaku. Adalah
3. Kedua, apabila UMNO mengambil sikap ‘tidak mesra’ dengan mereka yang berpendidikan tinggi, ramai yang telah merasakan kehadiran dan buah fikiran mereka tidak diperlukan oleh UMNO. Jika adapun, satu dua, yang menjadi bidan terjun seperti mereka yang graduated daripada
4. Ketiga, wujudnya ‘kelas atasan’ di dalam UMNO. UMNO telah secara sedar atau tidak mewujudkan kasta di dalam parti. Kasta yang dimaksudkan ialah antara pemimpin atasan dan ahli-ahli biasa yang di bawah.
5. Keempat, timbul rasa syak wasangka terhadap isu-isu yang telah ditangani dengan buruk. Isu pembatalan Jambatan Indah sebagai contohnya. Datuk Seri perlu sedar bahawa projek ini telah menelan belanja yang besar. Ianya bakal menjadi kebanggaan nasional kerana ia seperti cutting the chains loose dari minda Melayu. Bangsa Melayu akan sentiasa menganggap diri mereka dimomokkan oleh penjajah dengan terbinanya Tambak Johor yang merugikan. Datuk Seri telah mengambil keputusan mengekalkan supaya mentaliti Melayu terus dijajah. Ia telah menimbulkan rasa marah rakyat walaupun ia berlaku dalam diam. Mana mungkin projek yang telah menelan belanja yang sebesar itu telah dihentikan secara tiba-tiba tanpa sebarang sebab yang munasabah? Malah arahan telah dikeluarkan supaya isu ini tidak ditimbulkan di dalam mesyuarat perwakilan UMNO pada tahun itu. Pembatalan projek ini telah menimbulkan rasa syak wasangka di kalangan rakyat. Timbul cakap-cakap bahawa ada di kalangan menteri atau orang-orang tertentu yang mendapat habuan ekoran pembatalan projek ini.
6. Kelima, kelewatan menangani isu hindraf. Ramai berpendapat bahawa tindakan Datuk Seri yang telah membiarkan isu ini bermain terlalu lama sebelum mengambil tindakan. Ia backfired. Ianya telah menyebabkan hilangnya sokongan Melayu terhadap UMNO dan memberi mileage kepada parti pembangkang. Kelewatan tindakan ini juga telah merugikan MIC dengan begitu besar sekali.
7. Keenam, penggunaan media arus perdana yang memakan diri. Kita perlu sedar bahawa masyarakat hari ini bukanlah kumpulan manusia yang tidak boleh berfikir. Mereka banyak membaca dan melihat. Di zaman Tun Mahathir media memberi liputan kepada parti pembangkang, walaupun sedikit. Apabila isu mereka diutarakan oleh media, ia telah dijawab dengan segera oleh Tun dan beliau nampak gah. Malangnya media tidak begitu di zaman Datuk Seri. Ia digunakan secara membabi buta sehinggalah audience menjadi begitu kenyang dengan berita murahan yang disajikan. Akhirnya mereka muntah semasa hari pilihanraya.
8. Ketujuh, mengadakan pilihanraya umum ketika UMNO dan parti-parti komponen BN lain belum bersedia. Sedang masyarakat menyedari bahawa BN belum bersedia menghadapi pilihanraya kerana suasana yang topsy-turvy, Datuk Seri telah memilih membubarkan parlimen. Ramai yang tertanya-tanya adakah ini satu langkah yang begitu berani atau satu langkah yang bodoh. Jawapannya telahpun kita ketahui. Pilihanraya telah diadakan dalam iklim yang tidak sesuai untuk UMNO dan BN. Akhirnya kita dilanda tsunami politik. Ramai yang tertanya-tanya di manakah perginya strategists yang bijak untuk menasihati Datuk Seri.
9. Kelapan, langkah menukar individu-individu yang berkebolehan setelah Datuk Seri menjadi Perdana Menteri. Langkah memecat mereka yang berkebolehan dan menggantikan mereka dengan mereka yang rapat dengan Datuk Seri menunjukkan sikap jiwa Melayu yang kuno. Ia mengingatkan kita pada sejarah Melayu lama, di mana hasad dan dengki memenuhi setiap ruang istana. Ekoran daripada tindakan ini banyak institusi baik pentadbiran atau yang berbentuk commercial menjadi malap. Proton yang begitu sinonim dengan kejayaan Melayu menjadi begitu longlai hingga hampir gulung tikar. Ramai yang bertanya adakah Datuk Seri sengaja ingin melihat ini terjadi kerana mahu menunjukkan Tun Mahatir gagal. Masyarakat menjadi benci dengan politik kotor UMNO yang sanggup melihat Melayu rosak hanya kerana hendak memalukan Tun Mahatir.
10. Kesembilan, sikap nakal dan biadap pemimpin-pemimpin UMNO. Ahli UMNO dan masyarakat umum menjadi mual dan bosan dengan sikap keanak-anakan pemimpin-pemimpin UMNO yang telah mengkritik habis-habisan setiap individu yang telah menegur Datuk Seri atau kerajaan. Ramai yang berpendapat bahawa mereka sepatutnya mendengar dan meneliti setiap teguran dan kritikan yang dilontarkan. Tun Mahatir menjadi sasaran utama dalam serangan-serangan ini. Beliau digelar nyanyuk, gila dan orang tua pencen. Malah ada yang sanggup menggelarnya seekor ‘monkey’. Pada hal mereka inilah yang berlari dan mencium tangan Tun semasa Tun menjadi Perdana Menteri dahulu. Mereka ini sebenarnya tidak layak digelar pemimpin. They are actually a bunch of opportunists yang suka mengampu.
11. Kesepuluh, isu pemecatan Tan Sri Isa Samad sebagai Naib Presiden dan penggantungan beliau sebagai ahli UMNO. Sekali lagi Datuk Seri telah tersalah langkah. Perlu diingat bahawa Khairi Jamaluddin adalah anak Rembau dan beliau dikatakan seorang yang bercita-cita tinggi yang sedang
12. Kesebelas, Mesyuarat Agung UMNO yang dapat ditonton secara live menunjukkan tembelang sebenar UMNO. Ramai yang datang hanya kerana hendak enjoy dan bukannya membawa agenda pembangunan Melayu. Ucapan-ucapan dipenuhi dengan kata-kata yang tidak bermakna dan mempunyai unsur-unsur yang tidak relevan dengan agenda Melayu. Mereka datang ke Mesyuarat Agung UMNO hanya untuk bertemu kawan dan shopping. Lawak-lawak berunsur lucah langsung menyebabkan masyarakat tidak berminat.
13. Keduabelas, tiada usaha yang dilakukan oleh para pemimpin UMNO untuk memulihkan hubungan Datuk Seri dan Tun. Orang-orang Datuk Seri selalu menyalahkan Tun di atas kekalahan banyak kerusi tetapi mereka ini langsung tidak membantu untuk menjernihkan hubungan tersebut. Akhirnya persengketaan Datuk Seri dan Tun hampir menyebabkan tanahair kita tergadai.
14. Ketigabelas, peranan seorang lagi bekas Pemimpin UMNO- Anwar Ibrahim. (Allah selamatkanlah hambaMu yang satu ini kerana beliau telah jauh terpesong).
Di atas sebab-sebab di atas, saya merasai Datuk Seri perlu bertanggungjawab di atas kemelut yang melanda UMNO pada hari ini. Saya rasa Datuk Seri tahu apa yang patut dilakukan.
Sekian, terima kasih.
UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA
Yang Benar,
……………………………………
(Kamarul Azman Habibur Rahman)
No comments:
Post a Comment