Wednesday, April 23, 2008

Lagi Surat terbuka ahli UMNO untuk Pak Lah

Surat ini di kirimkan pada saya oleh penulis melalui e-mail dan mengizinkan saya untuk publish di blog ini. Surat ini telah di pos pada Pak Lah. Hanya Tuhan sahaja yang tahu samada dibaca sendiri oleh beliau atau "punah sihat - punah sihat" beliau. Tiada tandatangan kerana ini ialah salinan 'soft copy'


Kamarul Azman Habibur Rahman

Ahli UMNO Telok Kemang

YAB Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi

Presiden UMNO 3 APRIL 2008

YAB Datuk Seri,

PILIHANRAYA 2008 - SATU PANDANGAN JUJUR TANPA PREJUDIS TERHADAP UMNO.

Sebagai seorang ahli UMNO yang amat cintakan partinya, saya rasa terpanggil untuk menyuarakan rasa concern terhadap parti selepas prestasi yang buruk dan memalukan di dalam pilihanraya yang baru lalu. Saya percaya ramai ahli yang bimbang bahawa UMNO sedang menghitung hari menghadapi saat-saat kematiannya jika sekiranya langkah-langkah tepat tidak diambil segera. Ada banyak perkara yang telah disalahhitung dan akhirnnya menyebabkan UMNO hampir menyembah bumi di dalam pilihanraya yang lalu. Dengan itu izinkan saya mengetengahkn isu dan masalah yang timbul tetapi telah ditangani dengan buruk oleh para pemimpin UMNO.

2. Pertama, para pemimpin UMNO tidak begitu peka bahawa ahli UMNO terdiri daripada dua kumpulan, iaitu ahli resmi dan ahli tidak resmi. Ahli resmi adalah mereka yang didaftarkan melalui bayaran yuran dan bergiat dalam parti. Sementara itu, ahli tidak resmi pula adalah mereka yang berjiwa UMNO tetapi tidak pernah mengisi borang untuk menjadi ahli. Mereka begitu mengikuti perjalanan parti dan merasakan bahawa mereka adalah part of the set-up. Sebenarnya mereka inilah yang menjadi yard-stick untuk mengukur sejauh mana kekuatan UMNO dalam menghadapi sesuatu situasi. Sebelum pilihanraya terbaru, golongan ini dengan jelas telah memberi isyarat bahawa UMNO akan mengalami kejutan di dalam pilihanraya yang lalu. Namun apa yang menghairankan ialah tiada seorang pun pemimpin UMNO yang dapat menghidu apa yang sedang dan akan berlaku. Adalah malang sekali apabila mereka yang dianggap strategists di dalam UMNO tidak dapat membaca gelombang perubahan yang sedang melanda ketika itu. Jelas mereka gagal.

3. Kedua, apabila UMNO mengambil sikap ‘tidak mesra’ dengan mereka yang berpendidikan tinggi, ramai yang telah merasakan kehadiran dan buah fikiran mereka tidak diperlukan oleh UMNO. Jika adapun, satu dua, yang menjadi bidan terjun seperti mereka yang graduated daripada Oxford. Jadi kerana kurangnya ahli yang berpendidikan, maka mereka yang dari Oxford ini dianggap sebagai messiah. Sehubungan dengan itu, ramai yang telah berjinak-jinak dengan parti pembangkang yang telah menerima kehadiran mereka dengan tangan terbuka. Apabila UMNO terikat dengan undang-undang bahawa pegawai kerajaan kumpulan A tidak boleh bergiat cergas di dalam politik, parti pembangkang menganggap bahawa, mereka, sebagai pembangkang, do not have to abide by the rules made by the ruling government. Maka dengan itu kita dapat melihat ramai cerdik pandai yang mula berjinak-jinak dengan parti-parti pembangkang ini. Ini membawa padah yang besar terhadap UMNO.

4. Ketiga, wujudnya ‘kelas atasan’ di dalam UMNO. UMNO telah secara sedar atau tidak mewujudkan kasta di dalam parti. Kasta yang dimaksudkan ialah antara pemimpin atasan dan ahli-ahli biasa yang di bawah. Malang sekali apabila kita mempunyai pemimpin-pemimpin yang menganggap bahawa mereka adalah superior daripada subordinates mereka. Dengan sikap ini, apabila mereka menjadi menteri, mereka mengamalkan sikap konfrontasi terhadap kumpulan manusia di bawah kementeriannya. Mereka menjadi angkuh hingga menimbulkan rasa meluat di kalangan kakitangan dan pegawai-pegawai di bawahnya. Jumlah mereka yang tidak puas hati bukannya sedikit. Mereka adalah diantara yang berpaling tadah semasa pilihanraya yang lalu.

5. Keempat, timbul rasa syak wasangka terhadap isu-isu yang telah ditangani dengan buruk. Isu pembatalan Jambatan Indah sebagai contohnya. Datuk Seri perlu sedar bahawa projek ini telah menelan belanja yang besar. Ianya bakal menjadi kebanggaan nasional kerana ia seperti cutting the chains loose dari minda Melayu. Bangsa Melayu akan sentiasa menganggap diri mereka dimomokkan oleh penjajah dengan terbinanya Tambak Johor yang merugikan. Datuk Seri telah mengambil keputusan mengekalkan supaya mentaliti Melayu terus dijajah. Ia telah menimbulkan rasa marah rakyat walaupun ia berlaku dalam diam. Mana mungkin projek yang telah menelan belanja yang sebesar itu telah dihentikan secara tiba-tiba tanpa sebarang sebab yang munasabah? Malah arahan telah dikeluarkan supaya isu ini tidak ditimbulkan di dalam mesyuarat perwakilan UMNO pada tahun itu. Pembatalan projek ini telah menimbulkan rasa syak wasangka di kalangan rakyat. Timbul cakap-cakap bahawa ada di kalangan menteri atau orang-orang tertentu yang mendapat habuan ekoran pembatalan projek ini.

6. Kelima, kelewatan menangani isu hindraf. Ramai berpendapat bahawa tindakan Datuk Seri yang telah membiarkan isu ini bermain terlalu lama sebelum mengambil tindakan. Ia backfired. Ianya telah menyebabkan hilangnya sokongan Melayu terhadap UMNO dan memberi mileage kepada parti pembangkang. Kelewatan tindakan ini juga telah merugikan MIC dengan begitu besar sekali.

7. Keenam, penggunaan media arus perdana yang memakan diri. Kita perlu sedar bahawa masyarakat hari ini bukanlah kumpulan manusia yang tidak boleh berfikir. Mereka banyak membaca dan melihat. Di zaman Tun Mahathir media memberi liputan kepada parti pembangkang, walaupun sedikit. Apabila isu mereka diutarakan oleh media, ia telah dijawab dengan segera oleh Tun dan beliau nampak gah. Malangnya media tidak begitu di zaman Datuk Seri. Ia digunakan secara membabi buta sehinggalah audience menjadi begitu kenyang dengan berita murahan yang disajikan. Akhirnya mereka muntah semasa hari pilihanraya.

8. Ketujuh, mengadakan pilihanraya umum ketika UMNO dan parti-parti komponen BN lain belum bersedia. Sedang masyarakat menyedari bahawa BN belum bersedia menghadapi pilihanraya kerana suasana yang topsy-turvy, Datuk Seri telah memilih membubarkan parlimen. Ramai yang tertanya-tanya adakah ini satu langkah yang begitu berani atau satu langkah yang bodoh. Jawapannya telahpun kita ketahui. Pilihanraya telah diadakan dalam iklim yang tidak sesuai untuk UMNO dan BN. Akhirnya kita dilanda tsunami politik. Ramai yang tertanya-tanya di manakah perginya strategists yang bijak untuk menasihati Datuk Seri.

9. Kelapan, langkah menukar individu-individu yang berkebolehan setelah Datuk Seri menjadi Perdana Menteri. Langkah memecat mereka yang berkebolehan dan menggantikan mereka dengan mereka yang rapat dengan Datuk Seri menunjukkan sikap jiwa Melayu yang kuno. Ia mengingatkan kita pada sejarah Melayu lama, di mana hasad dan dengki memenuhi setiap ruang istana. Ekoran daripada tindakan ini banyak institusi baik pentadbiran atau yang berbentuk commercial menjadi malap. Proton yang begitu sinonim dengan kejayaan Melayu menjadi begitu longlai hingga hampir gulung tikar. Ramai yang bertanya adakah Datuk Seri sengaja ingin melihat ini terjadi kerana mahu menunjukkan Tun Mahatir gagal. Masyarakat menjadi benci dengan politik kotor UMNO yang sanggup melihat Melayu rosak hanya kerana hendak memalukan Tun Mahatir.

10. Kesembilan, sikap nakal dan biadap pemimpin-pemimpin UMNO. Ahli UMNO dan masyarakat umum menjadi mual dan bosan dengan sikap keanak-anakan pemimpin-pemimpin UMNO yang telah mengkritik habis-habisan setiap individu yang telah menegur Datuk Seri atau kerajaan. Ramai yang berpendapat bahawa mereka sepatutnya mendengar dan meneliti setiap teguran dan kritikan yang dilontarkan. Tun Mahatir menjadi sasaran utama dalam serangan-serangan ini. Beliau digelar nyanyuk, gila dan orang tua pencen. Malah ada yang sanggup menggelarnya seekor ‘monkey’. Pada hal mereka inilah yang berlari dan mencium tangan Tun semasa Tun menjadi Perdana Menteri dahulu. Mereka ini sebenarnya tidak layak digelar pemimpin. They are actually a bunch of opportunists yang suka mengampu.

11. Kesepuluh, isu pemecatan Tan Sri Isa Samad sebagai Naib Presiden dan penggantungan beliau sebagai ahli UMNO. Sekali lagi Datuk Seri telah tersalah langkah. Perlu diingat bahawa Khairi Jamaluddin adalah anak Rembau dan beliau dikatakan seorang yang bercita-cita tinggi yang sedang cuba menggerakkan kerjaya politiknya di Negeri Sembilan. Ramai yang mengatakan bahawa untuk Khairi berjaya, beliau perlu ‘membunuh’ kerjaya politik Tan Sri Isa terlebih dahulu. Itulah yang telah dilakukan. Apa yang berlaku ialah pemecatan Tan Sri Isa telah mewujudkan satu fenomena baru. Ramai yang berpendapat bahawa UMNO adalah cuma sebuah parti yang bacul untuk mempertahankan kawan yang dianiayai. Ramai pula yang melihat bahawa orang tidak ada kuasa dibiarkan bermaharaja lela mengenakan orang yang berjasa kepada parti. Inilah wajah UMNO sebenarnya. Inilah antara sebab utama mengapa Khairi tidak digemari di Negeri Sembilan. UMNO dilihat sebagai parti yang bunuh membunuh sesama kawan. Ia memberi impak yang negative terhadap UMNO.

12. Kesebelas, Mesyuarat Agung UMNO yang dapat ditonton secara live menunjukkan tembelang sebenar UMNO. Ramai yang datang hanya kerana hendak enjoy dan bukannya membawa agenda pembangunan Melayu. Ucapan-ucapan dipenuhi dengan kata-kata yang tidak bermakna dan mempunyai unsur-unsur yang tidak relevan dengan agenda Melayu. Mereka datang ke Mesyuarat Agung UMNO hanya untuk bertemu kawan dan shopping. Lawak-lawak berunsur lucah langsung menyebabkan masyarakat tidak berminat.

13. Keduabelas, tiada usaha yang dilakukan oleh para pemimpin UMNO untuk memulihkan hubungan Datuk Seri dan Tun. Orang-orang Datuk Seri selalu menyalahkan Tun di atas kekalahan banyak kerusi tetapi mereka ini langsung tidak membantu untuk menjernihkan hubungan tersebut. Akhirnya persengketaan Datuk Seri dan Tun hampir menyebabkan tanahair kita tergadai.

14. Ketigabelas, peranan seorang lagi bekas Pemimpin UMNO- Anwar Ibrahim. (Allah selamatkanlah hambaMu yang satu ini kerana beliau telah jauh terpesong).

Di atas sebab-sebab di atas, saya merasai Datuk Seri perlu bertanggungjawab di atas kemelut yang melanda UMNO pada hari ini. Saya rasa Datuk Seri tahu apa yang patut dilakukan.

Sekian, terima kasih.

UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA

Yang Benar,

……………………………………

(Kamarul Azman Habibur Rahman)

Tuesday, April 15, 2008

Kenapa Hilang 2/3?

Punca BN khususnya UMNO tidak dapat mempertahankan tradisi majoriti 2/3 adalah berikutan bangkitnya orang-orang Melayu khususnya UMNO menzahirkan ketidakpuashati terhadap kepimpinan sekarang yang longgar, tiada hala tuju yang jitu dalam memperjuangkan nasib orang Melayu di tanah air sendiri. Umpamanya, korupsi yang secara terang dilakukan oleh anak beranak Pak Lah dan konco-konconya merompak harta negara. Membuat keputusan-keputusan yang merugikan dan menjatuhkan maruah negara.

Oleh yang demikian, pengundi di Malaysia yang terdiri dari kelompok 3 kaum utama yang menjadi faktor penentu ialah:

1.Melayu:
a)Pro UMNO/kerajaan
-Adalah antra penyumbang undi yg terbesar menentukan kemenangan telah berpecah untuk melahirkan perasaan tidak puas hati terhadap kepimpinan. Ada yang tidak keluar mengundi, buat undi rosak sebagai protes dan ada yang sanggup bagi pembangkang.

b)Atas pagar:
-pengundi yang atas pagar ialah org yang kurang pengetahuannya dlm perkembangan politik dan sekiranya tahu hanya melalui dengar cakap orang, membaca blog2 politik shj tanpa mendedahkan diri utk mengetahui isu sebenar akan mengundi pembangkang/undi rosak/tidak keluar mengundi kerana dilihatnya didalam UMNO sendiri ada yang tidak menyokong di peringkat akar umbi.

c)Pembangkang:
-Terdiri dari org2 Pas yang taksub dengan fahaman politik sempitnya dan perjuangan yang lansg tidak konsisten akan terus menyokong dan undi pari mereka. PKR pulak dapat undi dan sokongan berikutan protes org2 Melayu UMNO dan isu HINDRAF yang dimainkan oleh Anwar utk meraih undi kaum INia yang ternyata berjaya.

2.Cina:
-memang 80% pengundi Cina tidak akan undi BN kerana mereka menyampah dgn pekembangan politik dan ekonomi yg lembab walaupun kerajaan slalu melaungkan ekonomi kukuh. Masyarakat Cina yang merasakan impaknya kerana majoriti kaum mereka berniaga. Kaum Cina sanggup menepikan fahaman politik sekiranya mereka merasakan "rugi" berada didalam BN. Perkara ini telah disuarakan oleh Tun M sendiri beberapa tahun lalu sebelum pilihanraya. Hanya lebih kurang 20% akan undi BN yg mana mereka ini adalah saudara mara, sahabat handai calon yang bertanding.

3.India:
-Kaum India mmg solid memberikan sokongan kepada PKR yang mana Anwar Ibrahim telah menjadi "Hero@Sivaji" kepada kaum India dengan memperalatkan isu HINDRAF dan memainkan isu kononya BN tidak menjaga kepentingan mereka. Perasaan marah kaum India pada MIC tidak kurangnya. Maka, kaum India ini pun kononya bangkit menuntut hak mereka dengan memberi undi kepada pembangkang kerana termakan air liur Anwar Ibrahim..Walaupun mereka ini adalah kaum yang minoriti, tetapi berikutan pecahan undi yang ketara dari Melayu dan Cina, undi dari kaum India ini juga menjadi "value added" kepada pembangkang dan kekalahan BN.

Dari sinilah sebenarnya, punca BN mengalami kekalahan teruk pada pilihanraya yang lepas. Bukan kerana pembangkang kuat dan mendapat kepercayayn yang tinggi dari rakyat, tetapi lebih kepada " to teach government a lesson" supaya mempertimbangkan suara rakyat dan akar umbi dalam membuat sebarang keputusan kerana setiap keputusan yang dibuat rakyatlah yang menanggung akibatnya.

Sunday, April 13, 2008

Isa Samad vs Muhyiddin?

Berdasarkan gosip politik yang penulis dengar melalui sumber dalaman UMNO, Isa Samad sedang bersiap sedia untuk menawarkan diri bertanding jawatan Timb Presiden pada pemilihan tahun ini. Ini adalah kerana keadaan politik sekarang yang mana banyak pihak dari pemimpin UMNO yang mahukan Pak Lah berundur dan serahkan kepada Najib. Ini bermakna jawatan Timb. Presiden akan kosong dan Muhyiddin adalah orang pertama yang mengintai peluang kerana berpotensi untuk merebut jawatan tersebut. Isa Samad khabarnya turut berminat untuk bertanding jawatan tersebut.Hukuman terhadap Tan Sri Isa yang digantung keahliannya dan semua jawatan dalam UMNO akan tamat pada Jun 2008.Khabarnya, pengampunan kes Tan Sri Isa juga akan dibincangkan sekali lagi dalam MKT akan datang. Kemungkinan Isa Samad dapat pengampunan pada hujung bulan April 2008.

Sejauh mana kebenaran itu.. Sama - samaah kita tunggu dan lihat.

Thursday, April 10, 2008

Undur Pak LAh

Sejak kekalahan BN yang ditunjangi UMNO mengalami bencana yang disifatkan sebagai “tsunami” politik di tanah air kita, UMNO sekarang terus bergolak disemua peringkat baik cawangan, bahagian dan juga pusat. Pak Lah selaku saya Perdana Menteri tanpa mahu bertanggungjawab sepenuhnya atas kekalahan tersebut, menyalahkan ahli-ahli UMNO kononnya wujud unsur sabotaj. Maka berkokok pula para pencacai yang hanya tahu menyalak ibarat anjing menyalak bukit menyalahkan juga ahli-ahli UMNO di peringkat “grass-root”. Namun, kesilapan para pemimpin tidak mahu pula dikaji.


Saya sifatkan ini adalah satu penghinaan terhadap ahli-ahli UMNO. Bagaimana kalau ahli UMNO menyalahkan Pak Lah, menantu, dan konco-konco yang sebenarnya mensabotaj UMNO? Susah sangatkah nak memahami kehendak rakyat dan ahli UMNO khususnya bahawa kami sudah benci dan bosan terhadap kepimpinan Pak Lah.

Baru-baru ini juga UMNO Kedah telah menyatakan sokongan terbuka kepada Najib untuk mengambil alih kepimpinan untuk meredakan penyakit yang melanda UMNO Johor juga diberitakan akan mengambil langkah yang sama demi UMNO. Walaupun beberapa pemimpin UMNO Johor menafikannya, hanya UMNO Johor saja yang tahu dan sama-samalah tunggu dan lihat.

Tolonglah Berundur wahai Pak Lah demi UMNO kerana UMNO untuk UMNO

Umno disabotaj atau ahli meluat dengan PM dan Khairy?

Wan Nordin Wan Yaacob
Thu | Apr 10, 08 | 12:32:37 pm MYT

Umno/BN sekali lagi menyalahkan ahli-ahlinya yang dikatakan mensabotaj calon-calon Umno/BN dan menyebabkan kalah teruk dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Terbaru, bekas ahli Parlimen Tanah Merah, Ir Shaari Hassan mendakwa ada kalangan ahli yang mensabotaj selain berkempen memburuk-burukkan calon termasuk dirinya di Tanah Merah.

Pelbagai bukti ditampilkan Shaari termasuk risalah memburuk-burukkan beiau yang dikatakan dilakukan atas alasan sabotaj oleh ahli-ahli pada pilihan raya lalu.

Sebelum ini beberapa laporan turut menyebut dakwaan berlakunya sabotaj di kalangan ahli Umno ke atas calon yang dipilih kepimpinan Umno pada pilihan raya lalu.

Kekalahan besar Umno/BN pada pilihan raya lalu sesungguhnya memberi tamparan besar kepada parti itu hingga banyak suara mengkritik kepimpinan Umno/BN yang dikepalai Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Antara yang paling vokal ialah, bekas Perdana Menteri, Tun DR Mahathir Mohamad yang lantang menyatakan Abdullah perlu bertanggungjawab atas kekalahan besar dalam sejarah ini termasuk melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Dr Mahathir juga menyalahkan Abdullah sebagai pemimpin yang tidak mendengar nasihat dan pandangan orang lain sebaliknya hanya mendengar pandangan menantunya, Khairy Jamaluddin.

Senada dengan Dr Mahathir, anaknya, Dato' Mukriz Mahathir pula mengutus surat terbuka kepada Abdullah supaya melepaskan jawatan.

Perang terbuka itu menyebabkan Abdullah rimas, dan terpaksa menyerang kembali Mahathir dengan pelbagai tuduhan.

Namun paling menghangatkan suasana, Abdullah dikatakan cukup bimbang dengan suara-suara kalangan ahli yang dilaporkan mungkin mengintai peluang untuk menyokong calon-calon lain yang akan bertanding jawatan Presiden Umno termasuk veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.

Kini suasana dalaman Umno begitu kalut, jawatan Ketua Pemuda Umno mungkin menyaksikan pertandingan tiga atau empat penjuru (mungkin antara Dr Mohd Khir Toyo, Mukriz Khairy Jamaluddin atau muka baru).

Semuanya gara-gara pada pilihan raya umum lalu mereka mengalami kekalahan besar kepada Pakatan Rakyat termasuk hilang lima negeri.

Umno mula kelemasan dan terpaksa mengalih isu bahawa kekalahan dalam pilihan raya umum lalu adalah kerana adanya sabotaj ahli-ahli terhadap calon yang ditampilkan.

Suka penulis merujuk kepada kenyataan Dr Khir Toyo semasa menyampaikan pandangan dalam Forum Umno Pasca Pilihan Raya Umum ke-12 di Petaling Jaya 1 April lalu.

Dr Khir menyatakan bahawa beliau tidak menolak adanya campur tangan dalam pemilihan calon-calon yang mewakili Umno pada pilihan raya lalu.

Sementara Tun Mahathir pula menyimpulkan bahawa campur tangan Khairy menyebabkan mereka yang sepatutnya menjadi calon tidak dapat bertanding dalam pilihan raya lalu.

Ia katanya menyebabkan rakyat meluat kepada Umno/BN selain kemarahan rakyat ke atas kepimpinan Abdullah yang sangat lemah dan ekonomi yang tidak menentu.

Justeru, dakwaan Ir Shaari (Tanah Merah) bahawa ahlinya mensabotaj mungkin benar, kerana ahli Umno sudah meluat dengan kepimpinan yang ada hari ini.

Malah mungkin juga ahli Umno sudah mula mencatur strategi untuk menyertai Pakatan Rakyat yang dilihat lebih dominan membantu rakyat hari ini.

-Dipetik dari Harakahdaily.net